Majlis Penyampaian Bantuan Barang-Barang Keperluan Harian Kepada Saudara-Saudara Baru 2012
 Oleh Roslanny / Gambar Edekaazwan
Isnin, Bahagian Dakwah, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait mengendalikan majlis penyampaian bantuan yang berupa barang-barang keperluan harian kepada saudara-saudara baru di Daerah Belait. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Objektif utama bantuan ini diadakan ialah bagi membantu meringankan serba sedikit bebanan dan kekurangan yang ditanggung oleh segelintir saudara-saudara baru yang kurang berkemampuan serta memperlihatkan mereka tidak diabaikan begitu sahaja dan mereka akan merasa terpeduli dan mendapat sedikit keselesaan dengan bantuan-bantuan khusus dari Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Da'wah Islamiah.
Seramai 70 orang saudara-saudara baru menerima bantuan ini.
 ucapan dari Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait
|