|

MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN Masjid Omar Ali Saifuddien telah mula dibina pada 1hb. Jamadilakhir,1373 Hijrah, bersamaan dengan 4hb. Februari,1954 Masihi. Ianya dibina di atas sebidang tanah seluas 5 ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan. Masjid ini telah mula dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28 pada hari Jumaat 13hb. Rabiulawal,1378 Hijrah, bersamaan dengan 26hb. September,1958 Masihi. Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 3,000 orang.
SENARAI NAMA-NAMA PEGAWAI MASJID. Bil | Pegawai Masjid | Jawatan | 1. | Dato Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Besar bin Haji Abu Bakar | PHEM | 2. | Pehin Khatib Haji Emran bin Haji Kunchang | Imam Tingkat I | 3. | Pehin Khatib Haji Metassan bin Tahir | Imam Tingkat I | 4. | Begawan Pehin Khatib Haji Hamidon bin BPSKDPSS Haji Abd. Hamid | Imam Tingkat IV | 5. | Mudim Haji Amran bin Haji Md Salleh | PHEM | 6. | Mudim Haji Metassim bin Haji Metussin | Imam Tingkat I | 7. | Mudim Haji Ahmad Kasra bin Haji Ibrahim | Imam Tingkat II | 8. | Mudim Haji Mat Salleh bin Haji Damit | Imam Tingkat III |
CARTA JAWATANKUASA TAKMIR MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN. JAWATANKUASA TERTINGGI MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN | PENAONG | Haji Ismail bin Haji Abdul Manaf Pengarah Hal Ehwal Masjid | PENASIHAT I | Awang Haji Lufti bin Haji Abdul Halim Penghulu Mukim Sungai Kedayan | PENGERUSI | Awang Haris bin Haji Suboh @ Tunjol | PENOLONG PENGERUSI | Yang Dimuliakan Pehin Khatib Haji Emran bin Haji Kunchang | SETIAUSAHA | Mudim Haji Amran bin Haji Md. Salleh | PENOLONG SETIAUSAHA | Mudim Haji Metassim bin Haji Metussin | BENDAHARI | Mudim Haji Mat Salleh bin Haji Damit | PENOLONG BENDAHARI | Haji Rosli bin Haji Kunchang | JURU KIRA I | Pehin Khatib Haji Metassan bin Haji Tahir | JURU KIRA II | Haji Ahmad Kasra bin Haji Ibrahim | JAWATANKUASA BAHAGIAN / KECIL | PENGERUSI-PENGERUSI UNIT JAWATANKUASA KECIL | KELENGKAPAN & BANGUNAN | Awang Jais bin Haji Salleh Awang Suhaimi bin Haji Besar Awang Zuraimi bin Ismail | TAKMIR & IBADAT | Mudim Haji Amran bin Haji Md Salleh Mudim Haji Mat Salleh bin Haji Damit | PENDIDIKAN | Pehin Khatib Haji Zainuddin bin BPSKDPSS Haji Mohd Tamin Mudim Haji Metassim bin Haji Metussin | KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN | Awang Jais bin Haji Salleh Awang Haji Md Noor bin Abdul Amid | KEBAJIKAN | Pehin Khatib Haji Metassan bin haji Tahir | PERHUBUNGAN & PENERANGAN | Mudim Haji Ahmad Kasra bin Haji Ibrahim Awang Othman bin POKIDDP Haji Musa Awang Maidin bin Junit | KHAIRUL MUKMINAH | Dayang Marjahwati binti Maidin |
JADUAL WAKTU LAWATAN Keterangan : Jadual Waktu Lawatan bagi Pelancong dan orang ramai ke Masjid Omar Ali Saifuddien HARI | MASA LAWATAN | KAWASAN | Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu | 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari | Dibenarkan kawasan dalam dan luar bangunan masjid | 1.00 petang hingga 3.00 petang | 4.30 petang hingga 5.30 petang | Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu | 5.30 petang hingga 8.00 malam | Dibenarkan kawasan luar masjid sahaja | Khamis | Ditutup | Dibenarkan kawasan luar masjid sahaja dari jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam | Jumaat | 4.30 petang hingga 5.30 petang | Dibenarkan kawasan dalam bangunan masjid |
Perhatian : - Orang-orang berugama Islam yang beribadat tidak tertakluk kepada jadual waktu lawatan ini.
- Pelawat-pelawat yang bukan berugama Islam tidak dibenarkan membuat lawatan sewaktu majlis hari-hari kebesaran Islam, Keugamaan dan Kenegaraan diadakan.
PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN Keterangan : Permohonan mengadakan lawatan secara rasmi ke Masjid Omar Ali Saifuddien. 1. Permohonan hendaklah dihadapkan 4 minggu sebelum tarikh lawatan ke Masjid Omar Ali Saiffudien diadakan kepada Pengarah Hal Ehwal Masjid untuk mendapatkan kebenaran. 2. Surat permohonan hendaklah terkandung perkara-perkara berikut : (a) Nama Pemohon (b) Tarikh lawatan (c) Masa lawatan (d) Keramaian (e) Orang yang boleh dihubungi (contact person) berserta nombor telefon. 3. Jika ada sebarang perubahan ataupun pembatalan permohonan, hendaklah memaklumkan 3 hari sebelum tarikh lawatan. PERMOHONAN MENGADAKAN MAJLIS Keterangan : Permohonan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran / Sembahyang Sunat Hajat / Membaca Yaasin. 1. Permohonan hendaklah dihadapkan 4 minggu sebelum diadakan kepada Penguasa Masjid Omar Ali Saifuddien untuk mendapatkan kebenaran. 2. Surat permohonan hendaklah terkandung perkara-perkara berikut : (a) Nama pemohon (b) Tarikh mengadakan (c) Masa (d) Keramaian (e) Tetamu kehormat (jika ada) (f) Orang yang boleh dihubungi (contact person) berserta nombor telefon. 3. Jika ada sebarang perubahan ataupun pembatalan permohonan, hendaklah memaklumkan 3 hari sebelum tarikh majlis diadakan. PERMOHONAN PENGGAMBARAN Keterangan : Permohonan Penggambaran di dalam Bangunan Masjid Omar Ali Saifuddien. 1. Permohonan hendaklah dihadapkan 3 minggu sebelum tarikh penggambaran kepada Pengarah Hal Ehwal Masjid untuk kebenaran. 2. Surat permohonan hendaklah terkandung perkara-perkara berikut : (a) Nama pemohon (b) Tarikh penggambaran (c) Masa (d) Keramaian (e) Orang yang boleh dihubungi (contact person) berserta nombor telefon. 3. Jika ada sebarang perubahan ataupun pembatalan permohonan, hendaklah memaklumkan 3 hari sebelum tarikh penggambaran diadakan.
|