Karya dan Anugerah:
Mempunyai beberapa buah buku akademik, antaranya: Islam di Brunei Darussalam (DBP, 2005), Islam di Brunei Darussalam Zaman British (1774-1984) (DBP, 2008), Kupasan Puisi Pilihan: Perspektif Islam (DBP, 2008), lain-lain buku bersama penulis tempatan dan luar negara, antaranya: Pendidikan dan Profesionalisme (Negara Brunei Darussalam: Jabatan Perdana Menteri, 2006), Mendokong Kedaulatan Raja (Negara Brunei Darussalam: Jabatan Perdana Menteri, 2007), Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam (Negara Brunei Darussalam: Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri, 1426H/2005M), Simposium Sastera Islam (Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996), Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Brunei di Nusantara, Jilid 1, (Brunei: Akademi Pengajian Brunei, UBD, 1996) Dari Sejadah ke Kuam, Jilid 2, (Kuala Lumpur: Darul Fikri, 2005), Bunga Rampai Sastera Melayu Brunei (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982). Mempunyai 4 buah antologi puisi persendirian iaitu: Harga Waktu ( Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993), Rinduku (Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008), Madah Remaja (Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006), Salam Takwa (Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006. Menyertai belasan antologi puisi bersama penyair di dalam dan luar negara. Turut membentang kertaskerja di dalam dan luar negara.
Pengorniaan Di sepanjang perkhidmatannya, beliau telah dikorniakan pingat-pingat dan bintang-bintang kebesaran oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu: Bintang Darjah Seri Ugama Islam Yang Amat Bersinar Darjah Keempat (SUB) (1992), Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) (1993), Pingat Perak Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Menaiki Takhta (1993), Bintang Darjah Seri Ugama Islam Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (SSUB) (1998), Pingat Kerja Lama (PKL) (1999), dan Bintang Darjah Seri Ugama Islam Yang Amat Bersinar Darjah Kedua (DSSUB) (2003) yang membawa gelaran "Dato Seri Setia".
Beliau juga dianugerahkan SEA WRITE AWARD oleh Kerajaan Thailand pada 30hb. September, 2008. Dan menjadi Finalis Anugerah Kesusasteraan Islam dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei pada 5hb. November, 2008.
|