Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau menurunkannya (Al-Quran) dengan kebenaran dan ia (Al Quran) telah turun dengan kebenaran.Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau besarkanlah (kuatkanlah) keinginanku terhadapnya (keinginan untuk mendalami Al-Quran).Dan jadikanlah ia (Al-Quran) sebagai cahaya (penyuluh) bagi penglihatanku dan penawar bagi hatiku.Ya Allah ya Tuhan Kami, Engkau hiasilah (perindahkanlah) lidahku (kata-kataku) dengannya (ajaran-ajaran dalam Al-Quran) dan Engkau cantikkanlah (serikanlah) mukaku dengannya (Al-Quran) .Dan Engkau perkuatkanlah jasadku ini dengannya (Al Quran), dan Engkau beratkanlah (penuhilah) timbanganku (timbangan pahalaku) kerananya (Al Quran).Dan Engkau kurniakanlah aku (kemampuan) agar dapat membacanya (Al Quran) kerana mentaatiMu pada waktu malam dan pada sebelah petang.Dan Engkau himpunkanlah aku (di akhirat nanti) bersama Nabi Muhammad yang dilimpahi rahmat dan sejahtera oleh Allah Taala keatas baginda serta keluarga baginda yang sebaik-baiknya.
|